www.chefkamarul.net

www.chefkamarul.net


RECIPES by CHEF KAMARUL



Cajun Cream Penne PDF Print E-mail
Tuesday, 22 December 2009 07:26

Resipi

Penne (pasta) 500 gm
Bawang merah (dicincang) 3 biji
Bawang putih (dicincang) 2 ulas
Mentega  1 sudu besar
Cajun seasoning  2 sudu besar
Daun bay 2 keping
Double Krim 2 cawan
Stok ayam  ½ cawan
Tepung gandum 2 sudu besar
Isi ayam (dipotong dadu) 150 gm
Udang  150 gm
Keju parmeson 2 sudu besar
Garam  1 sudu kecil

Cara-cara:
1. Masak pasta penne mengikut arahan paket dan biarkan
2. Panaskan mentega didalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih
3. Masukkan daun bay dan ayam
4. Apabila ayam telah hampir masak, masukkan tepung diikuti stok ayam dan cajun
5. Masukkan pula udang dan tuangkan krim
6. Akhir sekali masukkan keju serta perasakan dengan garam, (jika perlu)
7. Tuangkan diatas pasta peene dan sedia untuk dihidang.

Last Updated on Tuesday, 22 December 2009 07:30
 
Roasted Lamba Rack with Honey and Garlic Glaze PDF Print E-mail
Tuesday, 22 December 2009 07:21

Resipi

Lamb rack 2 rack
Minyak zaitun 2 sudu besar
Bawang putih (dicincang) 5 ulas
Madu 2 sudu besar
Serbuk paprika  1 sudu kecil
Lada hitam  ½ sudu kecil
Garam  1 sudu kecil

Cara-cara:

1. Didalam mangkuk campurkan semua bahan perapan iaitu minyak zaitun, bawang putih, madu, serbuk papika, lada hitam dan garam
2. Lumurkan keatas lamb rack dan perapkankan sekurang-kurangnya 1 jam
3. Panaskan ketuhar pada suhu 180C
4. Balut bahagian tulang dengan aliminium foil supaya tulang tidak terbakar/hitam
5. Masak selama 45 minit, biarkan selam 10 minit sebelum dipotong
6. Boleh juga dibakar diatas bekas BBQ dengan bara yang kecil

Last Updated on Tuesday, 22 December 2009 07:26
 
Cream Caramel PDF Print E-mail
Tuesday, 22 December 2009 06:59

Resipi

Telur  5 biji
Susu segar /UHT 500 ml
Double krim 100 ml
Gula 1 cawan
Esen vanilla  1 sudu kecil
Gula (gula hangus) 1 cawan

Cara-cara:

1. Mula-mula panaskan sedikit susu dankrim
2. Didalam mangkuk campurkan gula dan telur dan kacau
3. Tuangkan susu dan krim suam kedalam dan kacau sehingga sebati.
4. Didalam periuk yang agak tebal, masukkan gula dan masak sehingga gula menjadi cair dan bertukar warna caramel
5. Tuangkan kedalam acuan atau bekas
6. Kemudian tuangkan pula campuran  susu tadi kedalam acuan
7. Bakar didalam ketuhar selama 35 minit pada suhu 180C dengan kaedah bain marie (acuan diletak didalam bekas yang lebi besar dan berisi air)

Last Updated on Tuesday, 22 December 2009 07:20
 
Semperit Xpress PDF Print E-mail
Thursday, 26 November 2009 17:37
Tepung jagung 250 gm
Tepung gandum 1 cawan
Tepung castard 1 cawan
Gula kastor 1 1/2 cawan
Kuning telur 3 biji
Mentega 1 1/2 block (375 gm)
Esen vanila 1 tsp


Cara-caranya:
1. Ayak tepung jagung + tepung gandum + tepung custard.
2. Kacau mentega dan gula sebati (tak perlu kembang)
3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. kacau sebati
4. Masukkan campuran tepung dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
5. Kemudian masukkan kedalam acuan semperit dan tekan sepanjang 2 inci diatas dulang pembakar
6. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 10-15 minit.

* ini resipi favourite isteri saya, kalau hari raya mesti ada biskut ni .
 
Butter Prawn (original recipe) PDF Print E-mail
Saturday, 14 November 2009 05:54

Udang besar 8 ekor
telur kuning (dipukul) 2 biji
Cili padi (potong nipis) 4 biji
Daun kari 1 tangkai
Butter 3 sudu besar + 2 sudu besar
susu cair 1 cawan
bawang merah (cincang) 1 sudu besar
bawang putih (cincang) 1 sudu kecil
minyak masak 1 sudu besar + utk mengoreng



Langkah 1 (floss kuning telur)
Panas kan wok masukkan butter 3 sudu dan minyak 1 sudu besar (minyak boleh mengelak butter menjadi hitam)
Masukkan telurn kuning dan sentiasa kacau mengikut bulatan sehingga telur bertukar menjadi kuning keemasan.
Angkat dan tapis

Langkah 2
panaskan minyak dan goreng udang sehingga kuning keemasan
angkat dan tapis

Langkah 3
Panaskan butter 2 sudu besar, masukkan bawang cincang dan bawang putih cincang.
masukkan cili padi dan daun kari
perasakan dengan garam dan gula
tuangkan susu cair
goreng sehingga semua rata dan kering
Angkat dan letakkan didalam pinggan

Langkah 4
sebelum menghidang taburkan floss telur kuning diatas udang tadi. WALA!

* for the best result use high preasure stove
this is an original recipe I learned from a chinese chef.

Last Updated on Saturday, 14 November 2009 06:00
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 1 of 2
 
Developed by Anjung Maya Resources based on template from Joomlashack