Juhary Dragunov wrote:
Chef, macam mana dan bagaimana chef boleh melibatkan diri dlm arena penyiaran...??
Maksudnya, buat rancangan masakan seperti makan apa bos?, ala carte, dgn makan tapi diet...???
W'kum salam
inilah soalan yang paling selalu orang tanya saya.
ok dipendekkan cerita, saya memang dah lama teringin ada rancangan masakan sendiri dan bila peluang ada didepan mata apa lagi...kan
It all started bila saya dan wife balik dari Australia pada tahun 2005 lepas habis master kitorg, satu hari tu saya baca paper yg Babas buat cooking competition (Cabaran 1001 Rasa Babas) the best part ialah profesional chef dibenarkan masuk. Syarat pertandingan mesti berpasangan, so saya tag team dgn wife masuk pertandingan tu..dari pusingan awal sehinggalah akhir. Poket pun kering masa tu.almaklum baru balik oversea dan baru nak start kerja..maka nie peluang baik sebab hadiah wang tunai lumayan menanti..At last dapat no 2 alhamdullilah.Hadiah RM10K..wow..memang meriah! No 1 lagi meriah RM25...waaaaa
Tapi saya ralat juga sebab tak menang No.1, bukan sebab duit tapi sebab terlalu excited utk menang. semuanya berpunca dari kesilapan sendiri yang terlalu excited dan terlupa konsep masakan. Dlm final konsep masakan sihat dan saya menggunakan santan dan 'judges' kata masakan saya tak mengikut konsep. Tapi justifikasi saya santan bukanlah tak sihat 100% tapi mesti lah digunakan secara moderate...semua masakan pun macam tu kan..tapi takpelah dah takde rezeki saya dan wife
Anyway, dalam konsep pertandingan Cabaran 1001 Rasa Babas, para peserta mesti menyediakan masakan dan menjadi hos segment sendiri, apa lagi ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, saya buat competition tu macam rancangan saya sendirilah sehingga salah seorang krew tanya saya dah pernah hosting any program TV ke sebelum nie ..hahahah saya gelak dan kata first time cakap dpn camera..
Few weeks after competition Babas tu habis, pihak production house panggil saya utk audition sebab diorg tgh cari new young chef for a new cooking show concept. semua nak baru..chef nak baru, concept baru ..pendek kata semua baru..itulah dia rancangan Makan apa Bos?
Hari audition tu saya kena compete dgn sorang lagi chef iaitu Chef Harun (sekarang dah keluar buku masakan kerabu - Tahniah Harun!)Alhamdullilah sudah ditulis rezeki saya agaknya maka job tu diserahkan kepada saya..sebanyak 150 episod ..fuh giler banyak...dan rancangan inilah yang telah membina nama Chef Kamarul dan sejak itu offer tak putus -putus..Alhamdullilah..
Itulah serba sedikit bagaimana saya bermula.
