syahir wrote:
chep, budak jahat ade soalan nak tanye, hahaha
Escoffier tu apa kah?
Salam syahir (baguslah sendiri dah mengaku budak jahat heheh)
okey soalan nie sebenarnya salah sikit..bukan escoffier tu 'apa'? tapi yang betulnya 'siapa'?
kalau student kulinari, soalan nie sangat basic dan banyak menjadi tajuk assignment masa Part 1 atau diawal pegajian .Kalau nak diceritakan memang panjang asal usul, pengalaman beliau, karier beliau dan sebagainya. Tetapi yang penting dan harus diingat adalah sumbangan beliau pada dunia kulinari.
Secara ringkasnya:
Escoffier atau nama penuhnya Auguste Escoffier dilahirkan pada tahun 1846. Seorang chef legenda berbangsa peranchis yang memulakan karier sebagai chef seawal usia 13 tahun dengan menjadi apprentis di restoren milik pakciknya sendiri di bandar kelahirannya iaitu di Nice, Peranchis.
Antara restoren dan hotel yang beliau pernah kendalikan termasuklah Moulin Rouge, Savoy, dan Ritz. Menariknya beliau pernah juga menjadi chef tentera semasa zaman perang.
Sumbangan beliau yang paling penting dan masih diaplikasikan sehingga hari ini ialah pengenalan sistem 'kitchen brigade' untuk memudahkan kerja-kerja di dapur komersial. Ianya menjadikan dapur lebih orgnaize, teratur dan mudah dikawal dari segi operasi, kos dan pengurusan. Bermula diera inilah adanya pembahagian kerja dan dapur seperti garde manger, pattiserie, saucier, butcher dan lain-lain. Satu lagi peninggalan beliau ialah resipi dessert yang masih popular dan terkenal sehingga kini iaitu 'peach melba'.(sempenan nama penyanyi terkenal era itu iaitu Nellie Melba)
Beliau meninggal pada usia 88 tahun pada tahun 1935.
* untuk memgetahui lebih banyak tentang chef legenda ini, sila rujuk:
1. Chastonay, Adalbert. Cesar Ritz: Life and Work (1997)
2. Escoffier, Georges-Auguste. Memories of My Life (1997)
3. Shaw, Timothy. The World of Escoffier. (1994)